SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Sabtu, Jun 27, 2009

CIKGU JAAFAR (GURU CEMERLANG/GURU KANAN SK ST ANTHONY CAW. LANGKAP) TELAH ADA BLOG


Tuan Haji Jaafar Kassim, Guru Cemerlang Matematik Daerah Hilir Perak yang juga merupakan Guru Kanan SK Saint Anthony Cawangan Langkap telah mempunyai blog sendiri. Blog beliau boleh dilihat dengan melayari alamat berikut :

http://gcmathshjjaafarsr.blogspot.com/
(MATEMATIK PERDANA 5994 A)

Jom kita bersama-sama menyokong blog kawan-kawan kita. Tahniah Cikgu Jaafar..!

AKTIVITI HARI INI - 27 JUN 2009/SABTU -HARI SERAH KAD LAPORAN KEPADA IBU BAPA


Para ibu bapa yang hadir bertemu guru-guru.

Hari ini merupakan sekolah ganti. Pada hari ini, SK Saint Anthony Cawangan Langkap telah mengadakan Hari Penyerahan Kad Laporan kepada ibu bapa. Majlis bermula pukul 11 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.


Seorang ibu sedang bertemu Cikgu Fatimah.




Cikgu Uma Rani, guru kelas 5 Persona memberi penerangan kepada seorang ibu pelajar.


Kehadiran ibu bapa agak memuaskan kerana sebelum ini mereka telah dimaklumkan melalui surat jemputan oleh pihak sekolah. Pada hari ini, kedua-dua belah pihak iaitu ibu bapa dan guru mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar maklumat serta pandangan tentang anak masing-masing.



Seorang bapa sedang menandatangan kad laporan kemajuan murid Tahun 6 Kenari yang mana guru kelasnya ialah Cikgu Syahrir.


Guru Kelas 6 Persona, Cikgu Rostam sedang menerangkan sesuatu kepada seorang bapa pelajar.


Sesungguhnya program sebegini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan lagi prestasi murid malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan ibu bapa.

Selasa, Jun 23, 2009

AKTIVITI HARI INI - 23 JUN 2009


Cikgu Ridzuan memberi penerangan kepada pelajar.

Hari ini, siri ceramah teknik menjawab UPSR diterus. Program bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Penceramah jemputan hari ini ialah Cikgu Mohd. Ridzuan dari SK Chikus, Teluk Intan. Beliau membimbing pelajar bagi mata pelajaran Matematik. Siri ceramah seterusnya akan diadakan pada 8 Julai 2009 untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris.



Projektor LCD digunakan semasa sesi ceramah.


Khusyuk nampaknya pelajar Tahun Enam mendengar ceramah.

Isnin, Jun 22, 2009

AKTVITI HARI ISNIN, 22 JUN 2009



Perhimpunan minggu pagi agak istimewa kerana ia turut dihadiri oleh Guru Besar SK Saint Anthony iaitu Encik Mohammad Nordin bin Mohammad Amin. Beliau telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan di hadapan para pelajar sekolah cawangan.

Antaranya beliau menasihati semua murid agar belajar bersungguh-sungguh serta mengubah sikap lama kepada sikap yang baru yang lebih positif. Beliau juga menasihati kepada pelajar tahun enam yang bakal menghadapi UPSR 2009 agar lebih memberi perhatian terhadap pelajaran dan menggunakan masa sebaik mungkin dengan perkara berfaedah.


Pada hari ini juga, Siri Ceramah Teknik Menjawab Soalan UPSR diteruskan lagi untuk mata pelajaran Sains. Penceramah jemputan ialah Cik Anisa bt Zubir Xavier dari SK Saint Anthony Teluk Intan. Ceramah bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. InsyaAllah, esok pula (23.6.2009) akan diadakan ceramat teknik menjawab soalan Matematik.

























Sabtu, Jun 20, 2009

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN BM

Cikgu Ramli, Guru Cemerlang BM sedang menyampaikan ceramah.
Pada hari Jumaat, 19.6.2009, pihak SK Saint Anthony telah mengadakan Ceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR. Ceramah bermula dari jam 3 .00 petang sehingga 5.00 petang. Ceramah telah diadakan di Kelas 6 Persona.

Murid-murid sedang memberitahu tumpuan kepada penceramah.

Seramai 24 orang murid Tahun Enam telah menghadiri ceramah yang telah disampaikan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Cikgu Mohd. Ramli Sabran. Walaupun dalam keadaan bekalan elektrik telah terputus sejak bermulanya ceramah hingga akhirnya namun semua murid telah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah. Cuaca yang panas juga tidak menghalang kepada Cikgu Ramli untuk meneruskan sesi ceramah bimbingan UPSR ini.


Seorang murid sedang menjawab latihan yang diberikan.

Begitu banyak tip serta teknik menjawab yang betul yang telah disampaikan oleh Cikgu Ramli. Apa yang diharapkan ialah semoga segala ilmu yang disampaikan itu dapat membantu murid-murid dalam menjawab soalan Bahasa Melayu pada UPSR kelak. Respon yang amat baik dalam kalangan murid Tahun Enam telah menghidupkan suasana ceramah.
Terima kasih kepada Guru Cemerlang Cikgu Mohd. Ramli Sabran yang telah mencurahkan ilmu sebaik mungkin kepada murid-murid Tahun Enam.

Isnin, Jun 15, 2009

PERHIMPUNAN PERTAMA SELEPAS CUTI PANJANG


Setelah 16 hari sekolah bercuti, maka pada hari ini Isnin 15 Jun 2009 bermulalah hari pertama persekolahan bagi penggal kedua. Seperti biasa, pada setiap hari Isnin sekolah mengadakan perhimpunan rasmi. Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 7.30 pagi maka locengpun berbunyi. Murid-murid bergegas menuju ke tempat perhimpunan.




Barisan guru SK St. Anthony Cawangan Langkap.
Pengerusi majlis perhimpunan kali ini ialah adik Mohd. Azim, murid Tahun 4 Persona. Kemudian doa dibacakan oleh adik Alif. Seterusnya bacaan ikrar pelajar dibaca dengan diketuai oleh adik Afiq. Selepas itu, semua guru dan murid berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.


Guru Kanan, Tuan Haji Jaafar sedang menyampaikan ucapan.

Selepas itu, pengerusi menjemput guru bertugas minggu lepas (minggu sebelum cuti) iaitu Ckgu Mohd. Nor Syahrir menyampaikan laporan. Beliau melaporkan tentang perjalanan peperiksaan PKSR 1 yang telah diadakan sebelum cuti.



Seterusnya pengerusi telah menjemput Cikgu Uma Mageswary, guru bertugas minggu ini untuk menyampaikan ucapan. Beliau banyak menyentuh tentang aspek kebersihan, kekemasan pakaian dan beberapa peringatan lain.

Selepas itu, Guru Kanan Tuan Haji Jaafar Kassim telah menyampaikan ucapan. Ucapan beliau banyak menyentuh tentang sikap pelajar yang memerlukan perubahan jika mahu maju.

Akhirnya, semua guru dan murid menyanyikan lagu sekolah beramai-ramai. Selepas itu, semua murid masuk ke kelas masing-masing untuk meneruskan pembelajaran.

Selasa, Jun 02, 2009

KELAS TAMBAHAN MASA CUTI BERMULA

Kelas tambahan masa cuti bagi murid-murid Tahun 6 SK Saint Anthony Cawangan Langkap telah bermula. Hari ini (2/6/09) merupakan hari kedua kelas. Kehadiran menggalakkan.



Kebanyakan murid Tahun 6 telah mematuhi peraturan berpakaian iaitu memakaibaju -T sekolah serta berseluar panjang. Kelas telah diadakan di Tahun 6 Persona. Kelihatan murid-murid begitu bersemangat belajar dengan bimbingan guru. Semoga masa cuti mereka terisi dengan aktiviti berfaedah.