SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Jumaat, Ogos 28, 2009

PECUTAN TERAKHIR UPSR - KELAS BIMBINGAN

Bagi murid-murid Tahun Enam SK Saint Anthony Langkap, sebahagian daripada cuti mereka dipenuhi dengan aktiviti menghadiri kelas bimbingan UPSR yang telah diatur oleh pihak sekolah. Kelas bimbingan telah diadakan bermula hari Isnin (24 Ogos) hingga Rabu (26 Ogos).

Kehadiran murid-murid amat menggalakkan. Ini menunjukkan kesungguhan mereka serta semangat dalam kalangan murid-murid Tahun Enam untuk menghadapi UPSR yang akan bermula 8 hingga 10 September 2009.


Sedang tekun menjawab soalan yang diberi oleh guru.











Isnin, Ogos 17, 2009

11 ORANG MURID ASLI TAHUN 6 MENERIMA SIJIL











17 Ogos - 11 orang murid asli Tahun 6 sekolah ini telah menerima sijil penyertaan kerana mereka telah menghadiri dengan jayanya Kursus Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan Soalan Peperiksaan UPSR 2009. Sijil-sijil telah disampaikan sewaktu perhimpunan mingguan oleh Puan Hajjah Fatimah binti Abas.

Kursus tersebut telah diadakan pada 28 Julai hingga 1 Ogos di Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Taiping. Ia adalah anjuran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Perak dan Kedah. Antara pengisian program ialah motivasi diri, ceramah teknik menjawab soalan dan lain-lain. Semoga kursus ini akan dapat meningkatkan lagi semangat anak-anak didik ini dalam menghadapi UPSR yang bakal tiba pada awal September ini.

Isnin, Ogos 10, 2009

CERAMAH H1N1 DI SEKOLAH ST ANTHONY LANGKAP


Ustazah Nor Hafazah menjadi pengerusi majlis ceramah.

10 Ogos - Peka dengan perkembangan semasa maka pihak pentadbir SK St Anthony Langkap telah melakukan usaha proaktif menganjurkan ceramah penerangan tentang H1N1. Tujuan ceramah adalah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolaj terutama dalam kalangan murid-murid tentang H1N1 dan bahaya waba tersebut.













Penceramah jemputan ialah seorang pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Langkap, Dr. Suriata binti Daud. Ceramah telah diadakan di dewan sekolah. Ceramah bermula jam 7.45 pagi dan dipengerusikan oleh Ustazah Nor Hafazah.



Antara pengisian ceramah ialah tentang pengenalan H1N1, bahaya H1N1 serta cara-cara menghindar diri dari terkena wabak H1N1. Begitu banyak perkara yang telah disampaikan oleh Dr. Suriata. Semoga maklumat yang telah disampaikan akan memberikan kesedaran kepada semua guru dan murid tentang bahaya wabak H1N1.

Isnin, Ogos 03, 2009

TAHUN 1 PERSONA DAN TAHUN 4 PERSONA KEKAL JOHAN KELAS TERBERSIH


Penolong Ketua Kelas 4 Personan menerima hadiah.


Puan Hajah Fatimah menyampaikan hadiah kepada Ketua Kelas 4 Persona.


Penolong Ketua Kelas 1 Persona menerima hadiah daripada Cikgu Fatimah.


Ketua Kelas 1 Persona menerima piala.

3 Ogos - Kelas Tahun 1 Persona dan Tahun 4 Persona terus mengekalkan status sebagai juara bagi Pertandingan Kebersihan bagi bulan Julai. Ia merupakan kejuaraan kali kedua berturut-turut bagi kedua-dua kelas tersebut.

Pagi tadi, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas masing-masing menerima hadiah berupa piala dan makanan daripada Puan Hajah Fatimah Abas. Hadiah telah disampaikan sewaktu perhimpunan mingguan hari Isni.

Semoga kelas-kelas lain berusaha dengan lebih gigih lagi untuk merampas kejuaraan daripada Tahun 1 Persona dan Tahun 4 Persona.

Tahniah kepada semua murid Tahun 1 Persona dan Tahun 4 Persona. Juga diucapkan tahniah kepada guru-guru kelas iaitu Puan Normaizura (1 Persona) dan Puan Uma Mageswary (4 Persona).