SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Selasa, September 29, 2009

MURID TAHUN ENAM TERLIBAT AKTIVITI SELEPAS UPSR

Setelah lama juga bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri, murid-murid Tahun Enam meneruskan aktiviti selepas UPSR sebagaimana yang dirancang oleh pihak sekolah. Kalau sebelum ini selepas UPSR, masih berada di dalam bulan Ramadhan, aktiviti permainan tidak dapat dijalankan.
Kali ini, selepas Hari Raya aktiviti permainan telah dijalankan. Aktiviti permainan pada minggu ini ialah badminton. Sejak pagi lagi, murid-murid Tahun Enam tidak sabar-sabar untuk bermain setelah sekian lama tidak bermain kerana persiapan menghadapi UPSR.
Lihatlah betapa terujanya mereka bermain.












Khamis, September 17, 2009

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI



17 September - Atas inisiatif guru-guru agama, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Khatam Al Qur'an bersempena ihya Ramadhan 1430H. Majlis telah diadakan di kantin sekolah. Ia merupakan acara tahunan bai sekolah ini.

Pada tahun ini, majlis khatam al Qur'an telah melibatkan seramai 40 orang murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Secara keseluruhannya, kebanyakan murid telah dapat membaca ayat-ayat suci al Qur'an dengan baik walaupun masih ada lagi yang perlu diperbaiki bacaan masing-masing.

Selepas itu, Tuan Haji Jaafar, Guru Kanan sekolah telah menyampaikan ucapan. Beliau meminta agar semua murid meneruskan amalan membaca al Qur'an di rumah bersama keluarga.

Seterusnya, Tuan Haji Jaafar telah menyampaikan sumbangan barangan , bunga telur dan duit raya kepada semua peserta termasuk sumbangan khas kepada tiga orang anak yatim.


















MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DI SK ST ANTHONY LANGKAP



Pada 17 September, SK St Anthony Langkap mengadakan perhimpunan khas sempena Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009. Majlis telah diadakan di tempat perhimpunan. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.


Barisan guru-guru St Anthony.

Selepas itu, acara pembacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah diadakan di mana ia telah dibacakan oleh Ustaz Ahmad Sabri Ibrahim dan Cikgu Mohd. Nor Syahrir Abdullah.


Ustaz Ahmad Sabri membaca perutusan Menteri Pelajaran Malaysia


Cikgu Syahrir membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran.


Guru Kanan menyampaikan ucapan beliau.

Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan yang telah dsampaikan oleh Guru Kanan, Tuan Haji Jaafar Kassim. Beliau lebih banyak memperkatakan tentang pengisian kemerdekaan dalam konteks seorang pelajar sekolah.

Selepas itu, semua murid telah menyanyikan lagu 1 Malaysia, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.



Rabu, September 16, 2009

AKTIVITI SELEPAS UPSR TELAH DISUSUN

UPSR telah berlalu. Pihak sekolah telah mengatur beberapa aktiviti bagi memastikan kehadiran murid-murid Tahun Enam diisi dengan aktiviti yang bermanfaat sebagai persiapan mereka menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah tidak lama lagi.

Antara aktiviti yang telah dirancang ialah :

  • permainan dalaman - chess, dam
  • permainan luar - badminton dan pingpong
  • pertandingan membuat buku skap Bahasa Melayu
  • Jejak Sains
  • Tayangan gambar
  • PROTIM
  • Kuiz akademik
  • Ceramah motivasi
  • Perkhemahan
  • Senamrobik
  • Jamuan akhir tahun
Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat berjalan lancar.

MURID ASLI BERLATIH NASYID

Selepas UPSR, antara aktiviti murid Tahun Enam ialah latihan nasyid di mana ia melibatkan beberapa orang murid asli Tahun Enam. Ia adalah sebagai persiapan bagi pertandingan nasyid murid asli selepas cuti hari raya nanti.

Kumpulan nasyid telah tersebut telah dibimbing oleh Ustaz Shahbuddin dan Ustazah Nor Hafazah. Salah sebuah lagu yang dipilih ialah "Damai" oleh kumpulan nasyid Now See Heart. Semoga berjaya berjaya di dalam pertandingan tersebut. Insya Allah.

Lihatlah betapa bekerja kerasnya murid-murid dan Ustaz Hafazah berlatih.