SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Isnin, November 23, 2009

SUASANA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK ST ANTHONY LANGKAP

Pada 18 November 2009, SK Saint Anthony Langkap telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Ia telah diadakan di dewan sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Kg. Melayu Langkap, Encik Zawawi bin Jarien. Turut hadir ialah Guru Besar, Encik Mohammad Nordin bin Mohammad Amin dan Puan Narimah binti Abdul Rahman, PK Pentadbiran serta Encik Othman bin Masorani AJK PIBG.


Guru Besar SKSA Langkap, Encik Mohammad Nordin.


Ketua Kampung Melayu Langkap, Encik Zawawi Jarien, perasmi HAK.


Tuan Haji Jaafar, Guru Kanan turut menyampaikan ucapan.











JAMUAN PERPISAHAN TAHUN ENAM DAN PERTUKARAN CIKGU SYAHRIR

Pada hari terakhir persekolahan (20/11/09), Majlis Perpisahan Tahun Enam telah diadakan. Ia juga bersempena meraikan pertukaran Cikgu Mohd. Nor Syahrir yang akan bertukar ke SK Gunung Semanggol bagi sesi 2010.

Semoga murid-murid Tahun Enam akan berjaya di alam sekolah menengah nanti. Kepada Cikgu Syahrir semoga anda akan lebih berjaya lagi di sekolah baru. Jangan lupa kami di sini..


Guru Kanan, Tn. Hj. Jaafar Kassim menyampaikan ucapan.


Ucapan perpisahan oleh Cikgu Syahrir.


Ketua Pengawas, Adik Siti Nur Aisyah menyampaikan ucapan perpisahan.














Adik Ahmad Syazani mendapat 4A 1B dalam UPSR baru-baru ini.







Rabu, November 11, 2009

HARI KANAK-KANAK & RIMUP

Setelah minggu lepas pihak sekolah mengadakan Sukan Tahunannya, kesibukan berlanjutan dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak dan RIMUP peringkat sekolah. Ia telah diadakan pada 11 November 2009, Rabu.

Program dimulai dengan demonstrasi mendirikan khemah. Kemudian disusuli dengan pertandingan sukaneka yang menyaksikan 5 kumpulan bertanding antara satu sama lain.

Selepas itu, semua murid berehat dengan menikmati jamuan istimewa sempenan Hari Kanak-Kanak. Kemudian upacara penyampaian telah diadakan kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Halimahton. Turut hadir ialah Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Robi'ah.

Akhirnya, murid-murid menikmati aiskrim percuma.


Acara jaring bola.


Acara kepit bola.


Khemah sudah siap...!




Inilah rupa khemah yang sudah siap...


Ini bukan acara makan aiskrim..


Menikmati jamuan dengan penuh berselera...


Golek tayar.


Isi air dalam botol.






PK HEM dan PK Koku.


Jumaat, November 06, 2009

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-26 SK ST ANTHONY LANGKAP MERIAH : RUMAH BIRU JUARA

Pada 4 Novermber 2009, SK Anthony Langkap telah mengadakan sukan tahunannya kali ke-26. Seawal jam 8.30 pagi, ibu bapa telah mula hadir untuk menyaksikan anak masing-masing dalam beberapa acara yang dipertandingkan.


Acara bermula dengan perbarisan masuk ketiga-tiga kontijen rumah sukan Biru, Merah dan Kuning telah melakukan lintas hormat di hadapan para tetamu kehormat iaitu Guru Besar, Encik Mohammad Nordin bin Mohamad Amin, Guru Besar SK Seri Langkap, AJK PIBG dan para ibu bapa.







Kemudian acara sukan telah bermula dimulai dengan acara individu seperti acara lari 80m dan 100 m bagi murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua.Seterusnya acara berkumpulan telah diadakan yang berbentuk sukaneka. Antara acara sukaneka yang menarik ialah bola undur, kepit bola, pukul bola tenis, isi air dalam botol dan lain-lagi.

Tidak dilupakan juga acara-acara untuk ibu bapa dan pegawai sukan seperti golek gelung rotan, dan pukul badminton.


Acara bola undur.


Acara kasut gergasi.


Kepit bola.



Perasmian penutup telah dilakukan oleh Encik Othman bin Masaroni, Pengerusi AJK Kecil Biro Pembangunan Sekolah PIBG.

Akhir sekali, Rumah Biru telah diisytiharkan sebagai juara keseluruhan bagi kejohanan edisi ke-26 ini. Semoga kejohanan sukan ini dapat diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahun akan datang.


Guru Besar, En. Mohammad Nordin menyampaikan ucapan.


En. Othman, AJK PIBG merasmikan penutupan sukan.


Guru Kanan, Tn. Hj. Jaafar menyampaikan ucapan aluan.


Acara pegawai sukan.


Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Rumah Biru...juara rumah sukan tahun 2009...! Tahniah...


Banyaknya hadiah...

Terima kasih dan tahniah kepada semua guru, AJK PIBG, para ibu bapa serta murid-murid yang bersama-sama menjayakan sukan kali ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan.