SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Sabtu, Februari 13, 2010

SUASANA MAJLIS PERSARAAN CIKGU FATIMAH

Jumaat, Februari 12, 2010

SELAMAT BERSARA CIKGU HAJJAH FATIMAH ABAS









Pada hari ini (12 Feb. 2010) merupakan hari terakhir bagi seorang guru di SK Saint Anthony Langkap, Puan Hajjah Fatimah binti Abas yang bersara wajib. Satu majlis meraikan persaraan beliau telah diadakan di dewan sekolah.

Antara yang hadir ialah Guru Besar SK Saint Anthony Encik Mohammad Nordin bin Mohammad Amin, Penolng Kanan Pentadbiran Puan Narimah binti Abdul Rahman, PK HEM Puan Halimahtun, PK Koku Puan Hajjah Robi'ah, Guru Kanan Tuan Haji Jaafar bin Kassim, Pengerusi PIBG Encik Othman Masorani serta AJK, guru dan murid-murid.

Suasana muram menyelubungi warga sekolah menandakan kesedihan akan persaraan Cikgu Fatimah yang telah berkhidmat selama 21 tahun di sekolah ini.

Di dalam ucapan, Guru Kanan Tuan Haji Jaafar amat menghargai akan jasa dan khidmat Cikgu Fatimah yang begitu setia menabur bakti di sekolah ini. Begitu uga Guru Besar yang begitu menghargai segala pengorbanan yang dicurahkan di sekolah cawangan demi melihat kecemerlangan sekolah.

Bagi Cikgu Fatimah, pengalaman mengajar selama 21 tahun merupakan perkara yang tidak akan dilupakan oleh beliau. Ia akan menjadi kenangan paling manis dalam hidupnya. Beliau juga menasihati para guru agar ikhlas dalam bekerja dan tanamkan sikap bekerja sama. Kepada murid-murid, beliau berharap mereka dapat mengubah sikap kepada yang lebih baik dan cemerlang di samping menghormati ibu bapa dan guru-guru.







Di penghujung majlis, setiap murid diberi peluang bersalaman mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Fatimah.

Kita menyanjung tinggi akan jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Cikgu Hajjah Fatimah. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik bersama keluarga di sepanjang menjalani waktu persaraan nanti.

Jasamu dikenang sepanjang hayat...

Ahad, Februari 07, 2010

HARI INTERAKSI IBU BAPA DAN GURU


Penceramah motivasi, Tuan Haji Ahmad Shairazi.

Bertempat di Dewan SK Saint Anthony Langkap, majlis Hari Interaksi Ibu Bapa telah berjaya diadakan. Program telahn diadakan pada 6 Febuari 2010 bermula pukul 10 pagi. Pihak sekolah menjemput Kaunselor SMK Khir Johari, Sungai Sumun, Tuan Haji Ahmad Shairazi bin Iman.

Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Turut serta ialah murid-murid Tahun Lima dan Tahun Enam. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan PIBG Encik Othman bin Masorani serta AJK PIBG.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Kanan sekolah Tuan Haji Jaafar bin Kassim. Beliau banyak memperkatakan tentang perlunya aspek kemahiran keibubapaan bagi mendidik anak-anak.


Guru Kanan, Tuan Hj. Jaafar menyampaikan ucapan.


Tuan Haji Jaafar bersama Pengerusi AJK Pembangunan Sekolah PIBG.


Ramai ibu bapa yang hadir.





Seterusnya, Tuan Haji Ahmad Shairazi telah menyampaikan ceramahnya. Ceramah dengan bantuan paparan LCD begitu menarik sekali serta amat mengesankan kepada para hadirin.

Semoga maklumat yang diperoleh itu akan dapat membantu para ibu bapa mendidik anak-anak. Bagi para pelajar pula, ia diharap dapat menyuntik semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan terutama yang bakal menghadapi UPSR tahun ini.





Selasa, Februari 02, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2010


Adik Mirul dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas.


Adik Ashikin, Penolong Ketua Pengawas.

Seramai 14 orang murid sekolah ini telah menerima watikah sebagai pengawas sekolah bagi sesi 2010. Majlis penyampaian watikah telah diadakan sewaktu perhimpunan rasmi pada hari Isnin, 1 Februari 2010 lepas.

Penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Guru Kanan SK Saint Anthony Langka, Tuan Haji Jaafar bin Kassim. Pelajar tahun 6 Persona, adik Mohammad Afiq Abqari bin Mohd. Mizi telah dilantik sebagai Ketua Pengawas bagi tahun ini sementara adik Mirul a/l Bah Uda telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas. Begitu juga adik Nurul Ashikin turut dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas.



Semasa menyampaikan watikah, Tuan Haji Jaafar banyak memberikan nasihat kepada para pengawas agar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. Pada masa ang sama, beliau ingin melihat para pengawas dapat menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik.

Syabas kepada semua pengawas sekolah yang telah dilantik.


Adik Afiq, Ketua Pengawas Sekolah tahun 2010.