SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Selasa, Julai 28, 2009

PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 25 Julai yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan sesi pembentangan kajian tindakan peringkat sekolah. Cikgu Rostam telah membentangkan Kajian Tindakan yang bertajuk "Kaedah 2AKNK Untuk Meningkatkan Kemahiran Penulisan Bahasa Melayu Melalui Teknik Nyanyian". Pembentangan telah diadakan di SK Saint Anthony Teluk Intan.


Ustaz Shahabuddin mengepalai bacaan ikrar guru sebagai agenda pertama.


Para guru mengangkat tangan membuat ikrar.


Antara guru yang hadir.


Pembentangan Kajian Tindakan oleh Cikgu Rostam.

11 ORANG MURID TAHUN ENAM TERIMA HADIAH



Seramai 11 orang murid Tahun 6 telah menerima hadiah kerana telah lulus semua mata pelajaran pada Peperiksaan Percubaan UPSR yang lalu. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Hajah Fatimah bt Abas sewaktu perhimpunan mingguan. Syabas..! Semoga ia menadi pendorong kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti.









Di samping itu, 4 orang murid telah menerima sijil penyertaan peringkat saringan Kuiz Kemerdekaan. Sijil-sijil telah disampaikan oleh Guru Kanan, Tuan Haji Jaafar bin Kassim.









Khamis, Julai 16, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2009

Bermula 14 hingga 16 Julai, murid-murid Tahun 6 telah menghadapi peperiksaan percubaan UPSR. Kebanyakan murid telah cuba sedaya upaya untuk menjawab dengan baik setiap soalan mata pelajaran. Peperiksaan ini amat penting sebagai kayu pengukur setakat manakah persiapan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan sebenar nanti.










Isnin, Julai 13, 2009

TAHUN 1 PERSONA DAN TAHUN 4 PERSONA JOHAN KEBERSIHAN

13 Julai - Setiap bulan, akan diumumkan kelas paling bersih. Bagi bulan Julai ini, Kelas 1 Persona stelah terpilih sebagai johan pertandingan kebersihan bagi tahap satu sementara bagi tahap dua dimenangi oleh Kelas 4 Persona. Hadiah berbentuk piala pusingan telah disampaikan oleh Guru Kanan, Tuan Haji Jaafar bin Kassim semasa perhimpunan mingguan.
Tahniah kepada murid-murid Tahun 1 Persona dan guru kelasnya Puan Normaizura dan Tahun 4 Persona dan guru kelasnya, Puan Uma Mageswary. Kepada kelas-kelas lain, semoga dapat menjadi johan pada bulan-bulan akan datang.

Ketua Kelas 1 Persona menerima piala daripada Tuan Haji Jaafar.


Ketua Kelas 4 Persona menerima piala Johan Kelas Terbersih. Tahniah..!


Guru Kanan, Tuan Haji Jaafar sedang menyampaikan beberapa pesanan kepada murid-murid.


Barisan guru-guru St. Anthony Langkap.

Jumaat, Julai 10, 2009

DUA ORANG MURID ST ANTHONY LANGKAP SERTAI UJIAN TID

Dua orang murid perempuan sekolah ini telah menyertai pertandingan Ujian TID peringkat Hilir Perak. Pertandingan telah berlangsung pada 9 Julai 2009 di Padang SK Seri Setia, Teluk Intan. Murid yang terlibat ialah Adik Mazian dan Adik Siti Aminah Hedri. Kedua-duanya adalah murid Tahun 5 Persona.
SK St. Anthony Teluk Intan pula telah menghantar dua orang peserta lelaki untuk menyertai pertandingan tersebut. Murid-murid tersebut telah diiringi oleh beberapa orang guru. Pertandingan telah tamat pada pukul 5.30 petang.





Antara acara yang dipertandingkan ialah lari 400 meter.
Antara guru yang mengiringi peserta Ujian TID. Cikgu Rostam (St. Anthony Langkap) dan Cikgu Kamal (St. Anthony Teluk Intan)

ST ANTHONY LANGKAP ANJUR KEMPEN BIJAK SIFIR SETIAP PAGI...!

Dengan inisiatif Panitia Matematik dan para guru sekolah, Kempen Bijak Sifir telah dijalankan. Program ini bemula pada setiap pagi hari persekolahan sebelum loceng pertama berbunyi.





Murid-murid sedang mengambil borang bijak sifar dari kotak yang disediakan.
Menurut Ketua Panitia Matematik, Puan Uma Mageswary, perjalanan program adalah mudah. Murid-murid hanya perlu mengambil sehelai Jadual Sifir Darab (Sifir Pelbagai Guna) dan mengisikan jawapannya. Setelah siap, kertas jawapan tersebut akan dimasukkan ke dalam sebuah kotak lagi.


Beberapa murid cuba menjawab jadual sifir.



Setiap bulan, pihak panitia akan membuka kotak kertas jawapan tersebut. Hadiah akan diberi kepada murid-murid yang paling banyak mengisi jadual sifir tersebut dengan mengikut jumlah hari bulan berkenaan.

Semoga ini akan menjadi satu motivasi kepada para murid ke arah membudayakan sifir dalam kehidupan terutamanya semasa P&P berjalan.

Tahniah Panitia Matematik..!

SUASANA WAKTU REHAT DI SEKOLAH KAMI

Beginilah suasana waktu rehat murid Tahap 2 di sekolah ini. Muridnya tidaklah ramai maka keadaan di kantin terkawal. Namun begitu, dari semasa ke semasa guru bertugas mingguan akan mengadakan pemantauan terhadap perjalanan waktu rehat murid-murid agar segala peraturan dipatuhi dan tiada berlaku sebarang masalah.
Murid berbaris untuk mengambil makanan.
Berselera nampaknya mereka makan...
Dinding kantin dihiasi dengan mural berkenaan misi dan visi sekolah.

Rabu, Julai 08, 2009

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS


Pelajar Tahun 6 ceria sebelum ceramah bermula. Bersemangat nampaknya.


Pada 8 Julai 2009, Rabu, pihak sekolah mengadakan ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris untuk murid-murid Tahun 6. Program bermula dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Penceramah jemputan ialah Cikgu Roy Ignatius Lazaroo dari SK Sungai Tungku.
Kehadiran murid-murid Tahun 6 menggalakkan. Ini merupakan siri terakhir ceramah teknik menjawab soalan. Sebelum ini telah diadakan ceramah bagi subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.


Cikgu Roy sedang memberi penerangan.
Semoga usaha sebegini dapat membantu menambahkan kefahaman murid sebagai persiapan mennghadapi UPSR 2009.




Ramai yang angkat tangan hendak menjawab soalan...!

Memberi perhatian.

Jangan lupa..minggu depan ada Peperiksaan Percubaan UPSR bermula 14 - 16 Julai.

Ahad, Julai 05, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2009



Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 2009 akan diadakan mulai 14 Julai hingga 16 Julai 2009. Berikut adalah jadual bagi peperiksaan tersebut :

14 JULAI 2009 (SELASA) :
Bahasa Melayu - Ujian Pemahaman SK (011)
Masa : 8.10 - 9.00 (50 minit)

Bahasa Melayu - Ujian Penulisan SK (012)
Masa : 9.40 - 10.55 (1 jam 15 minit)

Matematik Kertas 2 SK (015/2)
Masa : 11.40 - 12.20 (40 minit)

15 JULAI 2009 (RABU) :
Matematik Kertas 1 SK (015/1)
Masa : 8.10 - 9.10 (1 jam)

16 JULAI 2009 (KHAMIS) :
Sains SK (018)
Masa : 8.10 - 9.25 (1 jam 15 minit)

Bahasa Inggeris Kertas 1 SK (014/1)
Masa : 10.10 - 11.00 (50 minit)

Bahasa Inggeris Kertas 2 SK (014/2)
Masa : 11.40 - 12.20 (1 jam 15 minit)