SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony
Selasa, Mac 09, 2010
SELAMAT BERTUGAS TUAN PPD HILIR PERAK YANG BARU
Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 8:14 PTG Links to this post
Isnin, Mac 08, 2010
PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MAULIDUR RASUL
Hadiah-hadiah telah dsampaikan oleh Guru Kanan SK Saint Anthony Langkap Tuan Haji Jaafar bin Kassim. Antara pertandingn yang telah diadakan ialah pertadingan mewarna bagi murid Tahap 1 serta kuiz bagi murid Tahap 2.
Tahniah kepada semua pemenang. Semoga mereka dapat menghayati sifat Rasulullah SAW.




Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 12:16 PTG Links to this post
Jumaat, Mac 05, 2010
SAMBUTAN BULAN MAULIDUR RASUL 1431H

Ustaz Shahbuddin sedang membimbing murid-murid berselawat Nabi
Antara aktiviti yang dilakukan ialah bacaan selawat ke atas nabi pada setiap kali perhimpunan pagi yang melibatkan semua murid Islam. Setiap murid beserta para guru akan berselawat bersama-sama.

Seorang peserta Tahun Enam cuba menjawab soalan kuiz.

Ustaz Shahbddin sebagai pencatat markah.

Peserta bersedia menjawab soalan.


Aktiviti-aktiviti lain ialah Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1 Manakala bagi murid-murid Tahap 2 diadakan Kuis Perdana : Dengar & Jawab berkaitan sirah Rasulullah SAW.
Segala aktiviti-aktiviti tersebut akan dilakukan pada sepanjang bulan Rabiul Awwal ini.

Guru Kanan, Tuan Haji Jaafar Kassim turut serta berselawat bersama-sama murid.



Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 11:00 PG Links to this post
Sabtu, Februari 13, 2010
SUASANA MAJLIS PERSARAAN CIKGU FATIMAH
Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 12:38 PG Links to this post
Jumaat, Februari 12, 2010
SELAMAT BERSARA CIKGU HAJJAH FATIMAH ABAS
Antara yang hadir ialah Guru Besar SK Saint Anthony Encik Mohammad Nordin bin Mohammad Amin, Penolng Kanan Pentadbiran Puan Narimah binti Abdul Rahman, PK HEM Puan Halimahtun, PK Koku Puan Hajjah Robi'ah, Guru Kanan Tuan Haji Jaafar bin Kassim, Pengerusi PIBG Encik Othman Masorani serta AJK, guru dan murid-murid.
Suasana muram menyelubungi warga sekolah menandakan kesedihan akan persaraan Cikgu Fatimah yang telah berkhidmat selama 21 tahun di sekolah ini.
Di dalam ucapan, Guru Kanan Tuan Haji Jaafar amat menghargai akan jasa dan khidmat Cikgu Fatimah yang begitu setia menabur bakti di sekolah ini. Begitu uga Guru Besar yang begitu menghargai segala pengorbanan yang dicurahkan di sekolah cawangan demi melihat kecemerlangan sekolah.
Bagi Cikgu Fatimah, pengalaman mengajar selama 21 tahun merupakan perkara yang tidak akan dilupakan oleh beliau. Ia akan menjadi kenangan paling manis dalam hidupnya. Beliau juga menasihati para guru agar ikhlas dalam bekerja dan tanamkan sikap bekerja sama. Kepada murid-murid, beliau berharap mereka dapat mengubah sikap kepada yang lebih baik dan cemerlang di samping menghormati ibu bapa dan guru-guru.





Di penghujung majlis, setiap murid diberi peluang bersalaman mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Fatimah.
Kita menyanjung tinggi akan jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Cikgu Hajjah Fatimah. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik bersama keluarga di sepanjang menjalani waktu persaraan nanti.
Jasamu dikenang sepanjang hayat...
Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 11:47 PTG Links to this post
Ahad, Februari 07, 2010
HARI INTERAKSI IBU BAPA DAN GURU

Penceramah motivasi, Tuan Haji Ahmad Shairazi.
Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan. Turut serta ialah murid-murid Tahun Lima dan Tahun Enam. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan PIBG Encik Othman bin Masorani serta AJK PIBG.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Kanan sekolah Tuan Haji Jaafar bin Kassim. Beliau banyak memperkatakan tentang perlunya aspek kemahiran keibubapaan bagi mendidik anak-anak.

Guru Kanan, Tuan Hj. Jaafar menyampaikan ucapan.

Tuan Haji Jaafar bersama Pengerusi AJK Pembangunan Sekolah PIBG.

Ramai ibu bapa yang hadir.


Seterusnya, Tuan Haji Ahmad Shairazi telah menyampaikan ceramahnya. Ceramah dengan bantuan paparan LCD begitu menarik sekali serta amat mengesankan kepada para hadirin.
Semoga maklumat yang diperoleh itu akan dapat membantu para ibu bapa mendidik anak-anak. Bagi para pelajar pula, ia diharap dapat menyuntik semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan terutama yang bakal menghadapi UPSR tahun ini.


Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 12:56 PTG Links to this post
Selasa, Februari 02, 2010
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2010

Adik Mirul dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas.
Adik Ashikin, Penolong Ketua Pengawas.
Penyampaian watikah telah disempurnakan oleh Guru Kanan SK Saint Anthony Langka, Tuan Haji Jaafar bin Kassim. Pelajar tahun 6 Persona, adik Mohammad Afiq Abqari bin Mohd. Mizi telah dilantik sebagai Ketua Pengawas bagi tahun ini sementara adik Mirul a/l Bah Uda telah dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas. Begitu juga adik Nurul Ashikin turut dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas.

Semasa menyampaikan watikah, Tuan Haji Jaafar banyak memberikan nasihat kepada para pengawas agar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. Pada masa ang sama, beliau ingin melihat para pengawas dapat menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik.
Syabas kepada semua pengawas sekolah yang telah dilantik.

Adik Afiq, Ketua Pengawas Sekolah tahun 2010.








Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 8:36 PTG Links to this post









