SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Jumaat, Februari 12, 2010

SELAMAT BERSARA CIKGU HAJJAH FATIMAH ABAS









Pada hari ini (12 Feb. 2010) merupakan hari terakhir bagi seorang guru di SK Saint Anthony Langkap, Puan Hajjah Fatimah binti Abas yang bersara wajib. Satu majlis meraikan persaraan beliau telah diadakan di dewan sekolah.

Antara yang hadir ialah Guru Besar SK Saint Anthony Encik Mohammad Nordin bin Mohammad Amin, Penolng Kanan Pentadbiran Puan Narimah binti Abdul Rahman, PK HEM Puan Halimahtun, PK Koku Puan Hajjah Robi'ah, Guru Kanan Tuan Haji Jaafar bin Kassim, Pengerusi PIBG Encik Othman Masorani serta AJK, guru dan murid-murid.

Suasana muram menyelubungi warga sekolah menandakan kesedihan akan persaraan Cikgu Fatimah yang telah berkhidmat selama 21 tahun di sekolah ini.

Di dalam ucapan, Guru Kanan Tuan Haji Jaafar amat menghargai akan jasa dan khidmat Cikgu Fatimah yang begitu setia menabur bakti di sekolah ini. Begitu uga Guru Besar yang begitu menghargai segala pengorbanan yang dicurahkan di sekolah cawangan demi melihat kecemerlangan sekolah.

Bagi Cikgu Fatimah, pengalaman mengajar selama 21 tahun merupakan perkara yang tidak akan dilupakan oleh beliau. Ia akan menjadi kenangan paling manis dalam hidupnya. Beliau juga menasihati para guru agar ikhlas dalam bekerja dan tanamkan sikap bekerja sama. Kepada murid-murid, beliau berharap mereka dapat mengubah sikap kepada yang lebih baik dan cemerlang di samping menghormati ibu bapa dan guru-guru.







Di penghujung majlis, setiap murid diberi peluang bersalaman mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Fatimah.

Kita menyanjung tinggi akan jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Cikgu Hajjah Fatimah. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik bersama keluarga di sepanjang menjalani waktu persaraan nanti.

Jasamu dikenang sepanjang hayat...