SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Selasa, Januari 26, 2010

ST ANTHONY LANGKAP DAPAT TANDAS BARU....

Pada awal tahun 2010, pihak sekolah SK St Anthony Langkap telahpun mempunyai tandas murid yang cantik. Tandas murid telah dinaiktaraf menjadi tandas yang benar-benar selesa. Antara perubahan besar yang dilakukan ialah lantai dan dinding bermozaik, pintu tandas yang baik serta mempunyai lampu dan kipas. (Tandaspun ada kipas juga....!)

Semoga murid-murid dapat menggunakannya dengan sebaik mungkin. Diharapkajn juga segala kemudahan dan keselesaan tersebut dapat memberikan suasana kondusif kepada murid-murid belajar di sekolah ini.


Pemandangan tandas murid lelaki dari luar... cantik dah...


Dindingpun dah ada mozaik...


Bersih....dan cantik


Semoga murid-murid dapat menggunakannya dengan baik.

Khamis, Januari 21, 2010

CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN 2010

CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN 2010
Semua IPS dan Tadika Swasta Negeri Perak.
Saya merujuk kepada surat KPPM KP(BPSH-SPDK)201/005/02/(31) bertarikh 21 Dis 2009 berkaitan Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti seperti berikut :
Tahun Baru Cina
Tarikh Cuti
17.02.2010 ( Rabu ) Cuti Peristiwa Tidak Perlu Ganti

18.02.2010 (Khamis) Cuti Berganti 23.01.2010 (Sabtu )

19.02.2010(Jumaat) Cuti Berganti 06.02.2010 (Sabtu )

Hari Raya Aidil Fitri
Tarikh Cuti
13.09.2010 (Isnin ) Cuti Berganti 24.04.2010 (Sabtu)

Deepavali
Tarikh Cuti
03.11.2010 (Rabu) Cuti Peristiwa Tidak Perlu Ganti

04.11.2010 (Khamis) Cuti Berganti 07.08.2010 (Sabtu )


Terima Kasih.
Zamhuri Hj. Ahmad
Pen. Pengarah Pendidikan Swasta

PELAKSANAAN P&P SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

KENYATAAN AKHBAR
Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:
(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).
(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:
(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.
(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.
(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015

PENTAKSIRAN
(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.
(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.
(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.

Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematikn bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Sabtu, Januari 02, 2010

KALENDAR SEKOLAH 2010

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 04.01.2010 29.01.2010 20
Hari Persekolahan 01.02.2010 26.02.2010 20
Hari Persekolahan 01.03.2010 12.03.2010 10
Cuti Pertengahan Penggal 13.03.2010 21.03.2010 9
Hari Persekolahan 22.03.2010 31.03.2010 8
Hari Persekolahan 01.04.2010 30.04.2010 22
Hari Persekolahan 03.05.2010 31.05.2010 21
Hari Persekolahan 01.06.2010 04.06.2010 4
II
Cuti Pertengahan Tahun 05.06.2010 20.06.2010 16
Hari Persekolahan 21.06.2010 30.06.2010 8
Hari Persekolahan 01.07.2010 30.07.2010 22
Hari Persekolahan 02.08.2010 31.08.2010 22
Hari Persekolahan 01.09.2010 03.09.2010 3
Cuti Pertengahan Penggal 04.09.2010 12.09.2010 9
Hari Persekolahan 13.09.2010 30.09.2010 14
Hari Persekolahan 01.10.2010 29.10.2010 21
Hari Persekolahan 01.11.2010 19.11.2010 15
Cuti Akhir Tahun 20.11.2010 02.01.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78