SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Jumaat, Mac 05, 2010

SAMBUTAN BULAN MAULIDUR RASUL 1431H


Ustaz Shahbuddin sedang membimbing murid-murid berselawat Nabi

Pihak Panitia Pendidikan Islam SK Saint Anthony Langkap telah merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti sempena sambutan bulan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah bacaan selawat ke atas nabi pada setiap kali perhimpunan pagi yang melibatkan semua murid Islam. Setiap murid beserta para guru akan berselawat bersama-sama.


Seorang peserta Tahun Enam cuba menjawab soalan kuiz.


Ustaz Shahbddin sebagai pencatat markah.


Peserta bersedia menjawab soalan.





Aktiviti-aktiviti lain ialah Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1 Manakala bagi murid-murid Tahap 2 diadakan Kuis Perdana : Dengar & Jawab berkaitan sirah Rasulullah SAW.

Segala aktiviti-aktiviti tersebut akan dilakukan pada sepanjang bulan Rabiul Awwal ini.


Guru Kanan, Tuan Haji Jaafar Kassim turut serta berselawat bersama-sama murid.