SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Selasa, Oktober 27, 2009

MURID SK ST ANTHONY LANGKAP MENYERTAI KEM WAJA DIRI

Pada 23 hingga 24 Oktober yang lalu, seramai lima orang murid dari sekolah ini telah menyertai Kem Waja Diri. Program tersebut telah diadakan di Kem Nur Lembah, Lenggong. Seramai 40 orang murid telah menyertai perkhemahan tersebut di mana ia terdiri 26 orang murid SK St Anthony Teluk Intan, 4 orang murid SK St Anthony Langkap dan 10 orang murid dari SK Convent Teluk Intan.

Guru-guru dari SK St Anthony Langkap yang menjadi guru pengiring ialah Encik Mohd. Fadel, En. Mohd. Nur Syahrir dan Ustazah Nor Hafazah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan yang melibatkan aktiviti dalaman dan luaran seperti 'jungle tracking', aktiviti dalam kumpulan, persembahan dan sebagainya.

Mereka juga sempat melawat Muzium Arkeologi Lenggong.


Bergambar di depan Muzium Arkeologi Lenggong.


Aktiviti ini agak mncabar....!


Hai Alif..sempat berposing kat atas tu....!


Jungle tracking...




Muat ke....


Aktiviti dalam kumpulan.




Guru-guru pengiring SK St Anthony Langkap.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEDANG BERLANGSUNG

Minggu ini merupakan minggu peperiksaan. Murid-murid SK St Anthony Langkap sedang menjalani Peperiksaan Akhir Tahun. Ia bermula pada 26 hingga 29 Oktober. Bagi mereka, ini merupakan ujian terakhir setakat manakah keupayaan mereka di sepanjang pembelajaran bagi tahun 2009. Ia juga akan menentukan kedudukan bagi meraih kejayaan dan pengiktirafan dalam Hari Anugerah Kecemerlangan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bagi guru-guru, keputusan anak didik pada peperiksaan ini adalah sebagai gambaran bagaimanakah prestasi mereka pada tahun depan. Markah peperiksaan ini akan dijadikan sebagai TOV kepada kelas ahun depan terutama kepada TOV bagi tahun lima.










Isnin, Oktober 26, 2009

CIRI-CIRI GURU BERKESAN DAN CEMERLANG


Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (bekas), Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

  • Bersikap profesional.

  • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

  • Kaya ilmu.

  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

  • Bermoral teguh.

  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

  • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

  • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.

  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

PONTENG SEKOLAH : SEKADAR RENUNGAN SEORANG PENDIDIK


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

PEMBACA DAN BLOGGER YANG DIHORMATI,

Sudah sekian lama MASALAH PONTENG SEKOLAH DAN PONTENG KELAS ini membelenggui sistem pendidikan kita...

Secara umum berangkali antara punca dan masalah ini ialah:-

1)Pelajar bersikap malas untuk ke sekolah atau kelas tertentu.

2)Pelajar TIDAK MINAT SUDAH UNTUK BELAJAR.

3)Pelajar mempunyai masalah peribadi sehinggakan malas untuk datang ke sekolah tau masuk kelas tertentu.

4)Pelajar terpengaruh dengan pelbagai macam hiburan (khususnya di bandar) lalu malas ke sekolah.

5)Pelajar terpengaruh dengan rakan sebaya yang sudah tidak bersekolah.

6)Pelajar tiada matlamat dalam pembelajaran mereka lalu bersikap tidak mengambil berat terhadap pembelajaran.

7)Masalah kemiskinan keluarga pelajar menyebebkan kekurangan serba serbi lalu malas ke sekolah kerana terpaksa kerja dan sebagainya.

8)Punca lain ...akan diberikan oleh rakan-rakan blogger dan para pembaca...

UNTUK MENGATASI MASALAH INI BUKANLAH PERKARA MUDAH...MEMERLUKAN KOMITMENT DAN DEDIKASI SEMUA PIHAK...dimana antara lain cara penyelasaian yang boleh di buat...

1)Menguatkuasakan peraturan sedia ada berkaitan hal ini di sekoolah.

2)Memberikan tumpuan khusus golongan ini oleh pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru kelas.

3)Pihak kaunseling perlu mengadakan satu program khas bagi memulihkan pelajar yang serikali ponteng.

4)Mempelbagaikan KAEDAH MENGAJAR agar pelajar minat ke sekolah.

5)Mewujudkan pelbagai aktiviti Ko Kurikulum yang menarik minat pelajar ke sekolah.

6)Mengwujudkan dan mengaktifkan lagi Program Pembimbing Rakan Sebaya dalam mengurangkan atau mengatasi masalah ini.

7) Pihak sekolah dan PIBG senentiasa dari masa ke semasa secara berterusan berusaha berkerjasama untuk menyelasaikan masalah ini.

8)Semua ibu bapa mestilah mengambil berat dan memberikan perhatian serta kerjasama kepada pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini.

9)Seluruh masyarakat seharusnya memberikan kerjasama dalam mengatasi masalah ini...khususnya dari segi mewujudkan SATU BUDAYA YANG MEMENTINGKAN ILMU SERTA MENGGALAKKAN PELAJAR RAJIN ke sekolah.

10) Cara seterusnya akan di sambung oleh rakan blogger dan para pembaca yang prihatin....

Ahad, Oktober 18, 2009

SURAT PEKELILING "PROFESIONAL" TENTANG PAKAIAN GURU-GURU SEKOLAH


KP.8543/(48)

Kementerian Pelajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
26 hb. Disember 1969.
Ketua Pegawai Pelajaran,
Semua Negeri.

Pengetua-Pengetua Semua Maktab-Maktab Latihan Guru.

Tuan,

Surat Pekeliling “Profesional” Kementerian Pelajaran,Bil. 13/69

Pakaian Guru-Guru di Sekolah

Banyak aduan-aduan telah diterima mengenai pakaian guru-guru dan guru-guru dalam
latihan. Dari segi masyarakat pakaian-pakaian ini adalah dianggap tidak sesuai di
sekolah-sekolah dan bilik-bilik darjah dengan memakai ‘mini-skirt’, dan pakaian-pakaian
yang bahagian hadapan terbuka luas ke bawah dan mendedahkan sebahagian besar
daripada tubuh dan memakai pakaian-pakaian yang jarang sudah tentu tidak sesuai
sebagai pakaian di bilik darjah.

2. Adalah diterima pada amnya bahawa guru-guru mempunyai pengaruh yang
sangat besar ke atas murid-murid dan penuntut-penuntut mereka dan bersama-sama
dengan ibu-bapa dan pemimpin-pemimpin belia masyarakat yang lain mereka memikul
tanggungjawab bagi mengajar sopan-santun,akhlak dan nilai-nilai kebudayaan yang
sesuai dengan masyarakat Malaysia.Matlamat-matlamat pendidikan ini boleh dicapai
dengan sebaik-baiknya jika perhatian yang ketat ditumpukan kepada keperluankeperluan
jasmani dan rasa hati murid-murid oleh guru-guru sendiri dengan cara
memberi dan mewujudkan suasana sekeliling yang baik dan mempertunjukan rupa
serta sikap perangai yang sepatutnya apabila mereka sedang bertugas di dalam atau di
luar sekolah dan dimana-mana tempat mereka berada di kalangan murid-murid atau
penuntut-penuntut mereka.

3. Oleh yang demikian pakaian yang berpatutan bagi guru-guru adalah penting di
samping kecermatan dan kebersihan. PAKAIAN YANG BERPATUTAN ADALAH
MELAMBANGKAN BUDI BAHASA YANG BAIK. Untuk meneruskan tradisi pakaian
yang bermutu tinggi sekurang-kurangnya perkara-perkara yang berikut hendaklah
diambil perhatian oleh guru-guru di sekolah-sekolah dan yayasan latihan guru:

(i) Minit skirt, pakaian-pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian
belakang, seluar-seluar pendek, seluar-seluar (jeans) yang ketat dan
pakaian-pakaian yang bahagian hadapan terbuka jauh ke bawah tidak
akan diterima.
(ii) Perhiasan muka (make-up) yang melampau adalah tidak baik.
(iii) Baju-baju hawai yang beragam warna adalah tidak sesuai.
(iv) Rambut panjang yang tidak kemas.

4. Sila rujukan para 3 surat Pekeliling “Profesional” Kementerian Pelajaran
Bil.11/68 bertarikh 25hb. September 1968 berkenaan dengan Pakaian untuk
Pendidikan Jasmani.

Sila bawa kandungan Pekeliling ini kepada perhatian semua guru-guru.


Saya yang menurut perintah,
(Haji Hamdan bin Sheikh Tahir)
b.p. Setiausaha Tetap,
Kementerian Pelajaran

Selasa, Oktober 06, 2009

CERAMAH MOTIVASI - PERAWAKAN FIZIKAL DAN PERSONALITI





Isnin, Oktober 05, 2009

JAGA AIB


Sempat saya mendengar Al-Kuliyyah. Berkenaan ‘Jaga Aib’. Saya rasa ingin dikongsikan kepada anda. Kalau saya tak muatkan di dalam blog ni, mungkin saya lupa atau saya tak sempat ceritakan kepada sesiapa.

Apa maknanya ‘Aib’? Aib ini adalah mengatakan sesuatu kekejian,keburukan orang. Kita tidak boleh mendedahkan orang yang tidak sembahyang kerana itu dipanggil ‘Aib Agama’.

Kita tidak boleh mengata mengenai kelemahan orang seperti “Eh, itu anak haram”

“Eh,makan banyak tu,lapar ke pelahap ni” Jangan berkata begitu kepada orang. Ini semua adalah ‘Aib kelemahan’ dia.

Hukum mengaibkan orang ini adalah haram. Seperti juga hukum mengumpat.

Mengumpat pun ada syarat. Maksudnya, perkara berikut bermakna jatuh hukum mengumpat:

  • Cerita keburukan orang
  • Cerita mengenai dia tapi di luar pengetahuannya
  • Cerita benda betul tapi di luar pengetahuannya
  • Cerita perkara yang dia tidak suka tapi di luar pengetahuannya

Contoh lagi..

Jika jiran kita ada sekumpulan anak gadis tinggal serumah dan kemudian ada salah seorang membawa pulang boyfriend dia dan duduk berdua-duaan di dalam rumah tersebut, kita boleh melaporkan ke Jabatan Agama. Tapi kena selidik, takut suami isteri. Ini salah satu langkah utk menjaga aib org supaya kita tidak terburu-buru.

Bagaimana mendedahkan aib sendiri?

Contohnya: “ Aku telah minum arak begitu banyak sebelum ini”. Atau “ Aku tidak sembahyang selama 40 tahun”

Kita ditegah membuka aib sendiri. Seperti contoh di atas, seperti menunjuk-nunjuk kehebatan melakukan dosa. Jangan sesekali berbuat demikian.

Jika untuk dijadikan iktibar, jangan beritahu siapa nama orang yang terlibat.

Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

Ada yang bertanya, apa hukumnya jika mengintai orang. Sememangnya haram. Kerana kita telah mengaibkan orang dengan cara mengintai.