Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (bekas), Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
-
Bersikap profesional.
-
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
-
Kaya ilmu.
-
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
-
Bermoral teguh.
-
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
-
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
-
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
-
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
-
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
-
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
-
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
-
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.
-
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
-
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
-
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
- Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.