SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Rabu, November 11, 2009

HARI KANAK-KANAK & RIMUP

Setelah minggu lepas pihak sekolah mengadakan Sukan Tahunannya, kesibukan berlanjutan dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak dan RIMUP peringkat sekolah. Ia telah diadakan pada 11 November 2009, Rabu.

Program dimulai dengan demonstrasi mendirikan khemah. Kemudian disusuli dengan pertandingan sukaneka yang menyaksikan 5 kumpulan bertanding antara satu sama lain.

Selepas itu, semua murid berehat dengan menikmati jamuan istimewa sempenan Hari Kanak-Kanak. Kemudian upacara penyampaian telah diadakan kepada para pemenang yang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Halimahton. Turut hadir ialah Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Robi'ah.

Akhirnya, murid-murid menikmati aiskrim percuma.


Acara jaring bola.


Acara kepit bola.


Khemah sudah siap...!




Inilah rupa khemah yang sudah siap...


Ini bukan acara makan aiskrim..


Menikmati jamuan dengan penuh berselera...


Golek tayar.


Isi air dalam botol.






PK HEM dan PK Koku.