SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Jumaat, November 06, 2009

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-26 SK ST ANTHONY LANGKAP MERIAH : RUMAH BIRU JUARA

Pada 4 Novermber 2009, SK Anthony Langkap telah mengadakan sukan tahunannya kali ke-26. Seawal jam 8.30 pagi, ibu bapa telah mula hadir untuk menyaksikan anak masing-masing dalam beberapa acara yang dipertandingkan.


Acara bermula dengan perbarisan masuk ketiga-tiga kontijen rumah sukan Biru, Merah dan Kuning telah melakukan lintas hormat di hadapan para tetamu kehormat iaitu Guru Besar, Encik Mohammad Nordin bin Mohamad Amin, Guru Besar SK Seri Langkap, AJK PIBG dan para ibu bapa.







Kemudian acara sukan telah bermula dimulai dengan acara individu seperti acara lari 80m dan 100 m bagi murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua.Seterusnya acara berkumpulan telah diadakan yang berbentuk sukaneka. Antara acara sukaneka yang menarik ialah bola undur, kepit bola, pukul bola tenis, isi air dalam botol dan lain-lagi.

Tidak dilupakan juga acara-acara untuk ibu bapa dan pegawai sukan seperti golek gelung rotan, dan pukul badminton.


Acara bola undur.


Acara kasut gergasi.


Kepit bola.



Perasmian penutup telah dilakukan oleh Encik Othman bin Masaroni, Pengerusi AJK Kecil Biro Pembangunan Sekolah PIBG.

Akhir sekali, Rumah Biru telah diisytiharkan sebagai juara keseluruhan bagi kejohanan edisi ke-26 ini. Semoga kejohanan sukan ini dapat diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahun akan datang.


Guru Besar, En. Mohammad Nordin menyampaikan ucapan.


En. Othman, AJK PIBG merasmikan penutupan sukan.


Guru Kanan, Tn. Hj. Jaafar menyampaikan ucapan aluan.


Acara pegawai sukan.


Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Rumah Biru...juara rumah sukan tahun 2009...! Tahniah...


Banyaknya hadiah...

Terima kasih dan tahniah kepada semua guru, AJK PIBG, para ibu bapa serta murid-murid yang bersama-sama menjayakan sukan kali ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan.