SELAMAT BERSARA
AKTIVITI MINGGU INI
Khamis, Mei 28, 2009
SELAMAT BERCUTI
Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 7:44 PTG
Selasa, Mei 26, 2009
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 7:59 PG
Isnin, Mei 25, 2009
EMPAT ORANG MURID SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP MENYERTAI PROGRAM SMART SOLAT
Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 11:52 PTG
LADAP 3 SK SAINT ANTHONY
Guru Besar, Encik Mohammad Nordin sedang menyampaikan slot ceramah ketiga.
Antara guru cawangan yang hadir, Cikgu Fatimah dan Uma Mageswary.
Dua orang guru lelaki ini sedang khusyuk mendengar ceramah LADAP.
Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 10:20 PG
Khamis, Mei 21, 2009
SAMBUTAN HARI GURU DI S.K. ST. ANTHONY CAWANGAN LANGKAP
Guru Kanan, Tuan Haji Jaafar Kassim sedang menyampaikan ucapan.
Ustaz Shahabuddin sedang membaca perutusan Hari Guru.
Kemudian, para guru telah menyanyi lagu Guru Malaysia beramai-ramai. Ia diikuti acara pertukaran hadiah sesama guru serta penyampaian ucapan dan cenderamata sempena Hari Guru daripada murid-murid.
Acara diteruskan dengan permainan bola baling di mana setiap pasukan diwakili gabungan guru dan murid. Acara tersebut telah menarik perhatian ramai kerana pelbagai aksi dapat dilihat oleh para guru dan murid.
Cikgu Syahrir sedang bersiap sedia bermain bola baling.
Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 10:10 PTG
Ahad, Mei 17, 2009
KURSUS PEMUAFAKATAN IBU BAPA
- Menjalinkan hubungan mesra antara para ibu bapa dan guru-guru sekolah ini.
- Memberikan motivasi kepada ibu bapa dan guru di dalam memainkan peranan mendidik anak di rumah.
Para ibu bapa sedang mendaftar kehadiran.
Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 6:25 PTG
TAK KENAL MAKA TAK CINTA - LATAR BELAKANG SEKOLAH
Setelah peringkat pertama bangunan SK St. Anthony siap pada penghujung tahun 1967, sebuah sekolah cawangan SRJK (1) St. Anthony telah diwujudkan pada tahun 1969 di pekan Langkap. Sekolah cawangan ini telah dibina oleh Rev. Father Ki-The Parish Priest of Saint Anthony Church Teluk Intan di atas lot tanah No. 4989 Langkap (salinan fotostat geran dilampirkan) dengan keluasan tapak 2 hektar. Sekolah cawangan ini terus beroperasi sehingga sekarang dengan dinamakan Sekolah Kebangsaan Saint Anthony Cawangan Langkap.
Dari sudut organisasi, pentadbiran sekolah ini adalah di bawah SK St. Teluk Intan. Ini bermakna, kesemua pentadbir sekolah iaitu Guru Besar dan Penolong-Penolong Kanan mentadbir dua sekolah yang jarak antaranya ialah 28.5 km. Walau bagaimanpun, pihak pentadbir telah melantik seorang Guru Kanan yang ditempatkan di sekolah cawangan bagi mewakili Guru Besar dalam menjalankan rurusan sekolah terutamanya pengajaran dan pembelajaran.
Guru Besar serta Penolong Kanan akan bergilir-gilir pada hari tertentu setiap minggu datang ke sekolah cawangan untuk mengajar beberapa subjek dan memantau.
Kini, SK St. Anthony Cawangan Langkap mempunyai 13 orang tenaga pengajar dan 2 orang pekerja am. Sekolah ini mempunyai 163 orang murid yang datang dari kawasan penempatan yang berhampiran seperti Kg. Alor Bakong, Kg. Orang Asli Palawan, sekitar pekan Langkap dan taman-taman perumahan.
Posted by SK ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP at 5:47 PTG