SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Sabtu, Jun 20, 2009

CERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN BM

Cikgu Ramli, Guru Cemerlang BM sedang menyampaikan ceramah.
Pada hari Jumaat, 19.6.2009, pihak SK Saint Anthony telah mengadakan Ceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR. Ceramah bermula dari jam 3 .00 petang sehingga 5.00 petang. Ceramah telah diadakan di Kelas 6 Persona.

Murid-murid sedang memberitahu tumpuan kepada penceramah.

Seramai 24 orang murid Tahun Enam telah menghadiri ceramah yang telah disampaikan oleh Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Cikgu Mohd. Ramli Sabran. Walaupun dalam keadaan bekalan elektrik telah terputus sejak bermulanya ceramah hingga akhirnya namun semua murid telah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah. Cuaca yang panas juga tidak menghalang kepada Cikgu Ramli untuk meneruskan sesi ceramah bimbingan UPSR ini.


Seorang murid sedang menjawab latihan yang diberikan.

Begitu banyak tip serta teknik menjawab yang betul yang telah disampaikan oleh Cikgu Ramli. Apa yang diharapkan ialah semoga segala ilmu yang disampaikan itu dapat membantu murid-murid dalam menjawab soalan Bahasa Melayu pada UPSR kelak. Respon yang amat baik dalam kalangan murid Tahun Enam telah menghidupkan suasana ceramah.
Terima kasih kepada Guru Cemerlang Cikgu Mohd. Ramli Sabran yang telah mencurahkan ilmu sebaik mungkin kepada murid-murid Tahun Enam.