SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
Selamat bersara kepada Puan Hajjah Fatimah binti Abas pada 12 Februari 2010. Jasamu kami kenang. Ikhlas daripada Warga SK Saint Anthony

AKTIVITI MINGGU INI

Isnin, Jun 15, 2009

PERHIMPUNAN PERTAMA SELEPAS CUTI PANJANG


Setelah 16 hari sekolah bercuti, maka pada hari ini Isnin 15 Jun 2009 bermulalah hari pertama persekolahan bagi penggal kedua. Seperti biasa, pada setiap hari Isnin sekolah mengadakan perhimpunan rasmi. Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 7.30 pagi maka locengpun berbunyi. Murid-murid bergegas menuju ke tempat perhimpunan.




Barisan guru SK St. Anthony Cawangan Langkap.
Pengerusi majlis perhimpunan kali ini ialah adik Mohd. Azim, murid Tahun 4 Persona. Kemudian doa dibacakan oleh adik Alif. Seterusnya bacaan ikrar pelajar dibaca dengan diketuai oleh adik Afiq. Selepas itu, semua guru dan murid berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.


Guru Kanan, Tuan Haji Jaafar sedang menyampaikan ucapan.

Selepas itu, pengerusi menjemput guru bertugas minggu lepas (minggu sebelum cuti) iaitu Ckgu Mohd. Nor Syahrir menyampaikan laporan. Beliau melaporkan tentang perjalanan peperiksaan PKSR 1 yang telah diadakan sebelum cuti.



Seterusnya pengerusi telah menjemput Cikgu Uma Mageswary, guru bertugas minggu ini untuk menyampaikan ucapan. Beliau banyak menyentuh tentang aspek kebersihan, kekemasan pakaian dan beberapa peringatan lain.

Selepas itu, Guru Kanan Tuan Haji Jaafar Kassim telah menyampaikan ucapan. Ucapan beliau banyak menyentuh tentang sikap pelajar yang memerlukan perubahan jika mahu maju.

Akhirnya, semua guru dan murid menyanyikan lagu sekolah beramai-ramai. Selepas itu, semua murid masuk ke kelas masing-masing untuk meneruskan pembelajaran.